
Ramai yang menyangka alahan, alergi & ekzema berpunca daripada makanan tertentu, sehingga pesakit terpaksa berpantang lama dan menahan keinginan. Sebenarnya, punca utama masalah alahan, alergi & ekzema adalah sistem imun yang bercelaru. Apabila sistem imun tersilap anggap makanan atau habuk sebagai ancaman, barulah simptom seperti gatal kulit, ruam, resdung atau asma muncul.
Dengan memahami bahawa alahan, alergi & ekzema bukan salah makanan, tetapi berkait dengan kestabilan sistem imun, barulah rawatan boleh difokuskan kepada punca sebenar — iaitu menguatkan sistem imun, bukan sekadar menekan simptom.
Apa itu Alergen ?
Alergen adalah makanan atau minuman yang seseorang itu alah dengan, iaitu penyebab simptom alahan terjadi. Setiap orang alah pada makanan / minuman yang berbeza.
Ramai yang menyalahkan makanan itu sendiri menjadi punca alahan. dan ramai yang tidak tahu ia boleh di perbetulkan melalui pembetulan sistem imun.
“Aku tak bolehlah makan pulut. Nanti angin satu badan!”
” Anak saya tak boleh makan telur dan ikan. Nanti sakit perut dan naik gatal-gatal”
Pernah dengar tak komen seperti ni, atau anda sendiri pernah mengalaminya?
Antara alergen yang biasa adalah:
- Susu
- Telur
- Kekacang seperti walnut, badam, pecan, kacang tanah
- Soya
- Gandum
- Ikan
- Makanan laut & bercengkerang
Ada juga alergen yang bukan dari jenis makanan / minuman seperti habuk, bulu binatang, perubahan cuaca dan banyak lagi. Jika mereka yang ada masalah alergi / alahan ini, ada kontak dengan mana-mana alergen, simptom-simptom mula keluar.
Simptom Alahan / Alergi
Bagi mereka yang ada alahan, mereka perlu berhati-hati dengan alergen. Kerana jika mereka ‘ter’ambil atau ‘ter’pegang alergen, simptom-simptom seperti di bawah mungkin akan terjadi:
- Ruam pada kulit, kulit menjadi merah, kering atau gatal
- Hidung tersumbat, bersin
- Mata menjadi gatal, berair atau merah
- Rasa gatal pada mulut atau tekak
- Bahagian dalam telinga terasa gatal
- Rasa tidak selesa pada bahagian dalam mulut
- Perut tidak selesa, kekejangan, cirit birit
- Muntah
- Kesukaran untuk bernafas atau menelan
- Bengkak pada bibir, lidah atau tekak
- Rasa lemah, keliru, kepala terasa ringan atau pengsan
- Dada terasa sakit atau lemah, degupan jantung tidak selari
- Kulit tampak pucat atau kebiruan
- Kerap batuk
Sesetengah simptom akan menjadi sangat teruk hingga membahayakan nyawa pesakit. Bagi mereka yang ada reaksi alahan yang teruk, perlu mendapatkan rawatan segera untuk meredakan simptom supaya tak menjadi lebih parah.
Masalah Kesihatan Berkaitan Alahan / Alergi
Ada banyak penyakit disebabkan oleh alahan / alergi :
- asma
- resdung
- ruam / gegata
- urtikaria (gatal kulit)
- ekzema
Punca Asma, Resdung, Ekzema dan Ruam
Pelik tak? Kenapa orang lain boleh je makan pulut sesuka hati mereka? Tak ada pula masalah angin.
Telur adalah sumber protein yang baik. Tetapi kenapa ada orang yang alah pada telur?
Kenapa ada sesetengah orang mempunyai alahan?
Sebenarnya, alahan atau alergi ini disebabkan oleh kecelaruan sistem imun. Sistem imun adalah salah satu sistem dalam badan kita yang berfungsi untuk melawan segala jenis penyakit dan virus yang menyerang badan. Tetapi, bagi mereka yang ada alahan / alergi ini, sel imun mereka terlampau aktif menyebabkan ketidakseimbangan dan kecelaruan sistem imun berlaku.
Untuk penerangan yang lebih spesifik, boleh rujuk pada gambarajah di bawah.

Salah satu sel imun iaitu Sel T menjadi tanda aras untuk mereka yang mengalami masalah alahan / alergi. Pada orang yang normal, sel Th1 dan Th2 mereka adalah seimbang (rujuk pada gambarajah–an ideal and expected state). Tetapi bagi mereka yang ada masalah alahan / alergi ini, Th2 menjadi lebih aktif daripada Th1 menyebabkan kecelaruan sistem imun, lalu ia menjadi tidak seimbang (rujuk pada gambarajah–allergy).
Bagi mereka yang badannya mempunyai Th2 yang lebih aktif, apabila ada kontak dengan mana-mana alergen, badannya akan menghasilkan antibodi IgE dan inflammatory cytokin. Ini akan mengaktifkan sel mast untuk mengeluarkan histamin. Histamin menjadi punca simptom alahan / alergi terjadi. Ia akan menyebabkan merah, gatal-gatal & dan bengkak pada badan.
Penggunaan Steroid dalam Meredakan Simptom
Dalam kebanyakan rawatan hospital, steroid digunakan untuk mengawal simptom alahan, ekzema, atau alergi. Steroid ini diberikan dalam pelbagai bentuk seperti:
- Suntikan
- Krim sapuan (topikal)
- Ubat makan (oral)
Steroid berfungsi dengan menekan aktiviti sel T yang sedang meradang. Ia menurunkan kadar tindak balas Th2 dan Th1 secara serentak. Hasilnya, keradangan dan simptom alergi dapat reda dengan cepat.
Namun, kesan ini hanya sementara. Apabila sistem imun ditekan terlalu lama, ia akan menjadi lemah dan bercelaru.
Kesan Buruk Steroid Jangka Panjang
Penggunaan steroid yang kerap atau berpanjangan boleh mengakibatkan:
- Sistem imun lemah → lebih mudah dijangkiti penyakit, virus dan bakteria.
- Kulit menipis & rapuh (jika krim steroid digunakan lama).
- Gangguan hormon & metabolisme → kenaikan berat badan, bengkak muka (moon face), dan tekanan darah tinggi.
- Kerosakan organ dalaman seperti hati & buah pinggang jika dos tinggi digunakan berpanjangan.
- Kecelaruan sistem imun → bila imun ditekan terlalu lama, ia hilang keupayaan untuk bertindak balas secara seimbang. Akibatnya, sistem imun jadi tidak stabil: kadang terlalu lemah (mudah sakit), kadang terlalu agresif (alergi jadi lebih teruk).
Rawatan Terbaik
Makanan Tak Salah Tapi Badan Anda Yang Bermasalah
-kopicintahati-
Rawatan yang terbaik adalah dengan merawat punca masalah penyakit terjadi. Bagi mereka yang ada alahan / alergi, masalah ini berpunca daripada ketidakseimbangan sel imun Th1 & Th2 mereka. Bila kedua-dua sel imun ini seimbang, sistem imun akan menjadi stabil dan normal semula. Jika ia kontak dengan mana-mana alergen pon, tidak akan mengaktifkan sel mast untuk hasilkan histamin. Jadi, tiadalah episod menghadap simptom-simptom yang tidak selesa itu.
Untuk mereka yang ada alahan, sel Th2 menjadi terlebih aktif. Jadi, cara merawat yang terbaik adalah untuk mengurangkan keaktifan sel Th2 supaya ia selaras dengan sel Th1. Barulah sel imun menjadi seimbang.
Dari kajian saintifik yang telah dijalankan, hasil kajian menunjukkan bahawa:
- Ganoderma mampu meredakan simptom alergi dengan menghalang sel mast daripada menghasilkan histamin
- Ganoderma mampu turunkan kadar sel Th2
- Ganoderma mempunyai fungsi sama seperti steroid tetapi tanpa kesan sampingan
Rawat PUNCA masalah. Bukan hanya meredakan simptom.
Yungkien Ganoderma-baka lingzhi terbaik untuk masalah alergi
Yungkien Ganoderma merupakan baka lingzhi istimewa yang dihasilkan oleh Syarikat Shuang Hor. Ia telah melalui penyelidikan yang terperinci dalam memastikan keberkesanan terhadap merawat masalah kesihatan badan. Baka istimewa ini telah dipaten dan telah digunakan sebagai bahan mentah untuk pelbagai kajian dalam merawat pelbagai jenis penyakit, termasuklah penyakit yang berkaitan dengan sistem imun.
Melalui pelbagai kajian yang telah dijalankan (dalam bidang imunologi), Yungkien Ganoderma terbukti
- berkesan untuk melaraskan sistem imun
- baka lingzhi ini stabil dan kualitinya sangat konsisten
Yungkien Ganoderma dari Shuang Hor adalah syarikat pertama yang mendapat Sijil Akreditasi dari Kementerian Kesihatan Taiwan untuk Pelarasan Sistem Imun dan satu-satunya syarikat di dunia yang mematuhi kelima-lima isi penting berkenaan keberkesanan Pelarasan Sistem Imun (rujuk gambarajah di bawah):

TRITERPENES merupakan komponen terpenting yang ada dalam Ganoderma. Triterpenes inilah yang menjadi hero dalam merawat masalah alahan di mana ia bantu untuk melawan reaksi alahan sistem imun yang terlampau aktif itu.
Boleh klik pada link ini untuk dapatkan rawatan terbaik untuk masalah ALAHAN / ALERGI.
Tahu tak ada satu lagi masalah kecelaruan sistem imun yang mana sistem imun menjadi lebih aktif dari biasa hingga boleh menyerang sel badan sendiri? Ya, ada.
Ia dipanggil masalah auto imun. Boleh baca info lanjut di sini.
