KERADANGAN – Punca Segala Penyakit

Radang adalah PUNCA segala penyakit. Para penyelidik telah menjalankan kajian dan telah membuktikan bahawa radang menjadi punca banyak penyakit terjadi.”

Ganoderma Bulletin Issue 100: Terbitan Microbiological Research Foundation, R.O.C (www.ganoderma.org.tw)

Apakah itu Keradangan?

Keradangan ialah tindak balas semula jadi tubuh apabila berlaku kecederaan atau jangkitan. Ia adalah cara badan kita melindungi diri dengan:

  • Menghapuskan patogen (kuman berbahaya)
  • Memulihkan kembali sel atau tisu yang cedera

👉 Dengan kata lain, radang sebenarnya baik untuk tubuh kita. Ia adalah proses yang perlu dan penting bagi memastikan kita pulih semula selepas sakit atau cedera

Radang itu PERLU terjadi.

Bayangkan sistem imun sebagai pasukan penyelamat—terdiri daripada polis, bomba, dan paramedik. Setiap kali berlaku “kemalangan” di dalam badan (seperti luka atau jangkitan), pasukan penyelamat ini segera dihantar ke lokasi untuk menghapuskan ancaman dan membaiki kerosakan.

Tindak balas ini dikenali sebagai radang akut (acute inflammation), iaitu keradangan jangka pendek yang membantu tubuh sembuh.

Biasanya radang akut ini hanya berlangsung 1 hingga 3 hari, sebelum tubuh kembali pulih seperti sedia kala. Semasa radang akut berlaku, banyak sel imun berkumpul di kawasan cedera. Aliran darah meningkat di situ, menyebabkan tanda-tanda biasa seperti:

  • Kemerahan
  • Bengkak
  • Sakit atau lebam
  • Demam ringan

Bila Keradangan menjadi MASALAH?

Proses keradangan berlaku dalam dua fasa:

  1. Fasa 1 – Penghapusan
  2. Fasa 2 – Pemulihan

Masalah bermula apabila keradangan hanya berhenti di Fasa 1 tanpa beralih ke Fasa 2. Tubuh terus menghantar sel imun ke kawasan cedera walaupun patogen sudah dihapuskan. Disebabkan ini, sistem badan dah bercelaru dan keliru. Keadaan ini menghasilkan banyak radikal bebas yang akan mengganggu DNA sel dan seterusnya menjadikan sel itu tidak normal dan rosak.

Proses radang yang keliru ini dipanggil sebagai KERADANGAN KRONIK (chronic inflammation). Ia akan berlaku berkali-kali dalam badan kita, selama berbulan hingga bertahun lamanya tanpa kita sedari.

Tanda-tanda Keradangan Dalam Badan

Antara tanda awal keradangan kronik termasuklah:

  • Sakit belakang: Selepas bangun pagi, selepas melakukan aktiviti/kerja, tidak dapat berdiri lama atau berjalan dengan baik.
  • Sakit kepala: Migrain atau sakit kepala sehingga muntah
  • Keletihan / lesu: Kerap berlaku walaupun dapat tidur yang mencukupi
  • Sukar tidur (insomnia): Tidak dapat tidur, tidur tidak mencukupi, tidak dapat tidur nyenyak walaupun letih, simptom kemurungan (depression)

Jika tanda-tanda ini mula kelihatan, ia menunjukkan proses keradangan dalam badan sudah tidak terkawal.

Keradangan Kronik – akibat radang yang tidak diurus

Beberapa contoh keadaan yang boleh berlaku:

Kes #1: Tabiat menahan kencing
Tabiat menahan kencing → jangkitan salur kencing (UTI) → merebak ke buah pinggang → sepsis → boleh membawa maut.

Kes #2: Masalah kembung perut
Masalah kembung perut yang tidak dirawat akan melarat menjadi gastrik dan akhirnya kanser perut.

Kes #3: Batuk yang berlarutan
Batuk yang berlarutan berbulan-bulan lamanya (terutamanya akibat Covid-19) akan menyebabkan kecederaan di paru-paru. Bila kecederaan ini tidak diurus, akan menyebabkan masalah paru-paru berair (pneumonia).

Kes #4: Tekanan kerja
Tekanan kerja yang berlarutan, akan menyebabkan serangan migrain yang serius. Bila simptom ini tidak diurus dengan baik, akan menganggu masa tidur dan menyukarkan untuk tidur malam (insomnia). Bila tidak dapat rehat yang cukup kerana tidak cukup tidur, penyakit yang lebih serius seperti kemurungan (depression) akan terjadi.

“Majority penyakit berpunca daripada KERADANGAN yang tida diurus dengan sempurna”

Penyakit ‘-itis’: Penyakit yang berpunca dari keradangan

Kebanyakan penyakit yang berakhir dengan akhiran “-itis” adalah berpunca daripada keradangan, contohnya:

  • Athritis – radang sendi
  • Tonsilitis – radang tonsil
  • Apendicitis – radang apendiks
  • Bronkitis – radang bronkus
  • Gastritis – radang dinding perut

Dalam banyak kes, organ yang meradang akan di-BUANG bagi menghilangkan sakit. Namun, walaupun sakit hilang, punca radang tidak dirawati. Akibatnya, masalah kesihatan lain boleh terus berkembang akibat radang yang berlanjutan.

  • Fungsi badan pincang kerana ‘organ ‘bermasalah’ telah dikeluarkan dari sistem badan.
  • Api kemarahan radang dalam badan masih kekal dan tidak dipadamkan.

“Benarkah pembuangan tonsil dapat menyelesaikan masalah pembengkakan tonsil ?”

Penyakit Serius yang bermula daripada KERADANGAN

  • Autism OCD, Ekzema, Kemurungan, Masalah Auto Imun
    Bila kesihatan gastro usus lemah dan tidak diuruskan dengan baik, akan melarat kepada masalah usus bocor (leaky gut). Bila ini terjadi, patogen tidak dapat dihalang masuk ke saluran darah dan beri beban pada organ hati. Bila radang telah merlarat ke seluruh badan, pelbagai isu penyakit timbul. Antaranya autism, ocd, ekzema, kemurungan (anxiety) dan masalah auto imun.
  • Kanser Hati (Liver)
    Peringkat awal hati yang telah rosak dipanggil sebagai Hati Berlemak (Fatty Liver). Bila radang tidak diurus dengan baik, kesihatan hati akan merosot, penyakit seperti sirosis, atau yang lebih kronik lagi iaitu kanser hati boleh terjadi.
  • Masalah Jantung
    Keradangan kronik juga boleh melemahkan kesihatan jantung seperti arteriosklerosis, di mana lemak, kolesterol dan lain-lain toksin menempel pada dinding arteri sehingga menjadi plak yang akan menyempitkan saluran arteri lalu menghalang pengaliran darah.
  • Masalah Sistem Pembiakan
    Sistem Pembiakan juga berpunca daripada keradangan kronik seperti fibroid, PCOS, adenomysosis dan pembesaran prostat.

Keradangan kronik diketahui sebagai salah satu faktor yang menyumbang kepada penyakit kardiovaskular/jantung, asthma, kencing manis, athritis, dan juga barah/cancer.”


Mengurus keradangan bukan sekadar merawat simptom, tetapi perlu menyeimbangkan semula sistem tubuh:

  • Mengurangkan radang dalaman
  • Perbaik sistem pembuangan
  • Kawal stres & emosi
  • Elakkan makanan yang sensitif atau tidak sesuai
  • Pulihkan kecekapan fungsi hati untuk menyingkirkan toksin lama & baru
  • Baiki metabolisme tubuh
  • Kawal gula & lemak dalam darah
  • Memastikan kesihatan darah yang mengalir dalam badan sentiasa baik
  • Urus penyakit yang terbina dari dalam seperti radang kronik, ketumbuhan, dan kanser
  • Perkuat pertahanan badan terhadap ancaman luar seperti bakteria, kuman, dan parasit
  • Berjemur & lakukan grounding
  • Dapatkan tidur yang berkualiti (10pm – 2am)
  • Kawal stres & emosi dengan baik
  • Elakkan makanan yang sensitif atau tidak sesuai

    Leave a Comment

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Scroll to Top