
“Adakah benar makanan berlemak punca utama penyumbatan kolesterol dalam saluran darah?”
“Apakah fungsi kolesterol pada badan?”
Ramai masih percaya makanan berlemak secara automatik menyebabkan saluran darah tersumbat. Sebenarnya, ia tidak semudah itu. Kolesterol adalah zat yang penting untuk tubuh dan sebahagian besarnya dihasilkan sendiri oleh hati kita.
Fakta tentang Kolesterol
✅ Lebih 75% kolesterol dihasilkan oleh organ hati kita, manakala selebihnya datang daripada pemakanan
✅ Kolesterol yang dihasilkan bergantung kepada keperluan badan

“Eh, bukankah kolesterol ini tidak elok? Kenapa badan kita hasilkan kolesterol pula?”
Sebenarnya, kolesterol sering mendapat label negatif. Hakikatnya, ia adalah ciptaan Ilahi yang sangat penting untuk tubuh manusia.
Fungsi Kolesterol Dalam Badan Manusia
Kolesterol ada banyak fungsi penting, antaranya:
👍 Merawat dan membina sel baru
👍 Membantu penghasilan hempedu, vitamin & hormon
Bila radang dalam badan sudah tidak terkawal dan menyebabkan banyak kerosakan tisu dalam badan, kolesterol akan mula menjalankan tugas baik pulih pada tisu yang telah mula rosak. Organ hati akan menghasilkan dan menghantar kolesterol ke kawasan yang perlu dirawat.
➡️ Ini bermakna, kolesterol adalah baik dan sangat penting untuk badan kita!
Apakah Kolesterol Jahat?
Kolesterol ialah lemak, manakala darah pula kaya dengan air. Oleh kerana lemak tidak larut dalam air, kolesterol memerlukan medium pengangkut untuk bergerak:
- LDL (Low Density Lipoprotein) → sering dilabel sebagai kolesterol jahat. Peranannya ialah menghantar kolesterol dari hati ke seluruh badan untuk membaiki tisu rosak.
- HDL (High Density Lipoprotein) → dikenali sebagai kolesterol baik. Ia membawa kembali lebihan kolesterol ke hati untuk diproses semula.
➡️ Masalah berlaku bila LDL terlalu tinggi dan tidak dibawa semula ke hati. Itu tanda wujud radang kronik dalam badan.

Bacaan Kolesterol yang Tinggi
Yang dikatakan tinggi bacaan kolesterol dalam badan adalah apabila terdapat banyak LDL pada darah kita. Ingat semula fungsi LDL dalam badan. Ia bantu bawa kolesterol ke seluruh badan kerana ada tisu yang perlu dirawat.
Jika kolesterol ini tidak dibawa semula ke hati, menunjukkan dah ada radang yang tidak terkawal dalam badan (radang kronik). Bila radang kronik ini tidak diurus dengan baik, penyakit degeneratif muncul satu persatu. Komplikasi kandungan LDL tinggi dalam badan, akan menyebabkan penyumbatan & pengerasan arteri, dek kerana hati tak henti-henti menghantar kolesterol yang badan perlukan ke tisu yang dah rosak. Penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung dan strok boleh terjadi.
Kawal Bacaan Kolesterol ke Tahap Normal Tanpa Ubatan
Mengawal dan malah mengembalikan semula bacaan kolesterol ke tahap normal boleh dicapai melalui Rawatan Holistik, iaitu pendekatan menyeluruh untuk memulihkan badan.
Rawatan Holistik bersifat:
- Tidak invasif (tanpa pembedahan atau prosedur agresif yang memasuki badan)
- Tidak beracun
- Selamat untuk diamalkan dalam jangka panjang
➡️ Prinsip utama Rawatan Holistik ialah merawat masalah dari akar umbi, bukan hanya menghentikan simptom.
Kolesterol Tinggi bila Radang Tinggi.
Bacaan kolesterol yang tinggi biasanya menandakan radang kronik dalam badan. Radang ini berlaku apabila sistem imun terganggu dan toksin terkumpul terlalu banyak.
Untuk mengawal keadaan ini, langkah penting yang perlu dilakukan ialah:
✅ Detoks segera – singkirkan toksin berlebihan dari tubuh
✅ Kurangkan toksin baru – hentikan atau kawal punca kemasukan toksin semasa proses merawat badan
✅ Seimbangkan semula sistem imun – supaya badan dapat berfungsi dengan normal semula
Dengan langkah-langkah ini, tubuh bukan sahaja lebih sihat, malah paras kolesterol juga dapat distabilkan secara semula jadi.
Lingzhi – Herba Semula Jadi untuk Kesihatan Kolesterol
Lingzhi ialah herba semula jadi yang terkenal dengan keupayaannya menyahtoksin badan hingga ke peringkat sel. Ia membantu menjaga kesihatan hati, iaitu organ utama dalam proses detoksifikasi tubuh. Lebih daripada itu, hati juga bertanggungjawab membina sel imun. Apabila hati sihat, sel imun yang dihasilkan lebih berkualiti dan mampu melindungi badan dengan lebih baik.
Antara kelebihan herba Lingzhi kepada badan adalah:
🌿 Pengimbang imun → melaras semula sistem imun badan supaya bekerja dengan normal
🌿 Pelindung hati → menyokong fungsi hati agar menghasilkan sel imun yang lebih berkualiti
🌿 Detoks selular → membantu menyingkirkan toksin hingga ke peringkat sel
🌿 Anti-radang → membantu mengawal keradangan kronik dalam tubuh
Gabungan kesan detoks, anti-radang dan pengukuhan imun ini menjadikan Lingzhi sebagai salah satu saranan terbaik untuk menormalkan semula bacaan kolesterol yang tinggi secara semula jadi.
Namun, pengambilan Lingzhi sahaja tidak mencukupi. Untuk kesan yang optimum, ia perlu disokong dengan:
✅ Pemakanan seimbang – kurangkan makanan berproses & tinggi gula
✅ Gaya hidup sihat – amalkan senaman, tidur mencukupi & kawal stres
Dengan kombinasi herba semula jadi seperti Lingzhi bersama gaya hidup sihat, kolesterol boleh diuruskan dengan lebih selamat dan menyeluruh.
Untuk konsultasi lanjut berkenaan Lingzhi dan rawatan holistik, boleh terus Whatsapp saya.
